kalimah ini kunci syurga..

|

waktu keteguhan iman menghilang...
api maksiat semakin menyala... 
aku semakin hanyut terlemas bersama dosa tidak terbilang..
lelah diriku membawa setiap waktu dengan dosa menimbun sentiasa...

kudis dosa padaku semakin membesar...
rasional akal fikiran semakin rosak binasa...
lebih jiwa memberontak dan amarah berlegar...
ikut nafsu dan godaan sahaja....

aku mahu kembali...
kembali waktu dahulu..
sedang masa aku sebelum mengenal segalanya pada diri..
segala pekara yang menjeratkan aku ke dunia penuh dosa...

sudah lama aku tidak mengucapkan kalimah itu...
kalimah itu pernah sentiasa aku mengingati...
pernah juga aku laungkan selalu...
kini sudah lama aku melupakannya seperti seorang yang lupa diri...

bunyi pertama ketika aku dilahirkan...
kalimah itu yang kudengari pertama sekali...
waktu aku masih lagi tidak kenal apa dan kenapa...
sehinggalah aku mengerti semula kini...

sungguh mudah aku melupakannya...
kerana mahu mengejar kenikmatan dunia...
aku tinggalkan segalanya-galanya..
aku mengambil memenuhi tabung dosa...

terkunci kata menuturkannya...
kelu lidah tidak terkata...
mengapa susah mahu melontarkan kalimah itu semula...
adakah ia kerana dosa yang kubawa?

YA ALLAH,
adakah terlalu berat dosa yang ku tanggung?
tidak daya aku menanggung selain RAHMAT darimu YA ALLAH...
aku teringin mengucapkan kalimah itu biar tembusi tembok dosa yang panjang...

robohkanlah dinding yang penuh dengan kemaksiatan ini YA ALLAH!!!
sentiasakanlah KALIMAH itu teringat pada bila-bila masa walaupun imanku sedang digugat sentiasa...
serta walaupun ketika dipujuk rayu oleh mereka yang menghasut untuk melaku dosa itu YA ALLAH...
bersama mereka jugalah tolong memudahkan untuk mengucapkan KALIMAH itu pada mereka...

aku mahu sentiasa dekat kepada mu...
membuang kudis dosa yang sentiasa melekat...
ingin bersama rentak alunan mentauhidkan dirimu YA ALLAH!!!
aku harap gagah menghadapi hari yang mendatang setiap hari..
aku mahu kegagahan itu...
sehingga aku sentiasa menzikirkannya...
aku mahu melayang dengan menikmati keindahan nikmat keredhaan dari dirimu YA ALLAH!!!
YA ALLAH terimalah KALIMAH ini...
KALIMAH ini kunci syurgamu..

LA ILAHA ILLALLAH...

2 comments:

perempuanOct said...

not bad ,ta taw la ko copy dari mane ni... agak terse somthing bile bace, anywy thx sbb share.. sgt bgus!!

ueda bheta said...

hahaha,,, xcopy.. cme ayat "kalimah ini kunci syurga" tu aku terbaca satu sajak... dri situ aku dpt inspirasi... ;p

Post a Comment