kira detik

|

ERRRR... SALAM HEYHO HAWAU???

hahahaha,,,,
bukan selalu saya kemaskini blog..
sebenarnya ini bukan waktu lapang saya untuk kemaskini blog juga...
dengan lambakan lab,
latihan,asaimen,mini projek dan projek akhir
sepatutnya saya tidak mempunyai masa langsung untuk melakukan semua ini....

aduhh,,, tidak lama lagi
bakal menanti adalah kuiz dan juga ujian akhir
sebelum tiba peperiksaan akhir hujung sem...

hmmmm... 
sistem ini memang membuatkan saya
langsung tidak boleh mengira sedetik langsung...
jika dapat mengira sedetik
ia adalah pekara paling bermakna waktu ini...

OK...
sedetik yang bermakna maksud saya
adalah masa untuk saya menenangkan fikiran
tanpa ada bebanan dalam masa sedetik,,,

BILALAH KAN...
rasanya sudah lama tidak menikmati waktu itu...
kerana detik itu tidak akan tiba sehingga saya habis belajar disini...
perjuangan adalah satu pengorbanan...

jadi saya akan menganggap ini adalah satu pengorbanan daripada saya untuk diri saya sendiri...

huhuhuhu...
untuk berjaya orang mengatakan kita perlu bersusah payah dahulu
sebelum menikmati kejayaan yang amat bermakna
kerana kita akan merasa pengorbanan yang kita lakukan
dihargai dan dapat menikmati dengan rasa puas
atas usaha penat lelah yang kita lalui dan lakukan sendiri...

betul kan?? 
hehehehe :P

DOAKAN KEJAYAAN SAYA :)
V~


0 comments:

Post a Comment