BAB 2 - Aku anti MLM

|
kredit kepada Aididleaks. Bab 2 mengenai MLM aku hanya ambil ayat dari beliau dan aku sokong dengan pendapat yang disampaikan beliau... tolong fahami dan hayati apa yang ingin disampai oleh beliau... selamat membaca :)






Syarikat-syarikat MLM ni jual alat memancing la kiranya, dan jual sekali dengan impian untuk dapat banyak ikan. Jadi ramai la orang Melayu nak memancing sekarang ni, dengan mengimpikan berpuluh kilo ikan bermacam jenis nak dibawa balik ke rumah, dan masing-masing mengajak adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan dan jugak orang yang tak dikenali, beli manyak-manyak alat memancing jugak. Mari ramai-ramai pegi memancing kat sungai dan laut dan lombong dan kedai memancing kat tengah pekan... tak kesah la mana-mana pun. Akhirnya yang kaya adalah syarikat MLM dan apek kedai pancing, sedangkan orang Melayu kebanyakannya hanya buang duit beli tali pancing dan joran dan ntah apemendenye lagik... simpan dalam store. Ada sekor-dua orang Melayu buat MLM yang bawak sekor-dua ikan balik rumah.

Percayalah, CEO dan kuncu-kuncu teratas dalam sesuatu syarikat MLM tu mesti tak pakai atau makan atau minum produk dia orang sendiri... wanna bet? Korang ingat CEO Hai-O ada pakai penapis air Hai-O yang dipasarkan kat orang Melayu tu semua. Korang rasa dia ada pasang menatang Bio-Aura tu kat rumah dia sendiri ke? Pegi la buat inspection. Penapis air Hai-O Bio-Aura yang berteknologi tinggi yang diwar-warkan hebat gila bab, tapi dihasilkan oleh Electrofast Manufacturing Sdn Bhd di 10383, Jalan Sungai Mati, Klang (yang juga supply penapis air berjenama Hijrah Muafakat, Aqua Pure, DCL, Imtiyaz, Sukida dan banyak syarikat MLM lain). Satu company cha ya nun alip yang menghasilkan pelbagai jenis produk penapis air untuk lebih 10 syarikat MLM. Benda kat dalam penapis tu lebih-kurang sama aje - tapi casing lain, dan cap kat luar lain. Ada syarikat jual RM500 sebijik, dan ada yang jual RM3,600 seketul - fikirkanlah. Macamana kerajaan boleh tutup mata sebelah tentang perlakuan syarikat MLM sebegini, ahli politik aje la yang boleh jawab kut. For the sake of free-market, or for the sake of plain ol' money, maybe?

Sure, memang la ada yang berjaya buat MLM dan jadi kaya-raya. Bulan lepas ada keluar success-story dalam majalah usahawan SUKSES tentang sorang mamat untung besar jual jus manggis Vemma (produk dengan harga 171 hengget sebotol), yang dijual pada pakcik-makcik yang sepatah haram tak faham apa-apa pasal sains perubatan - yang kena kelentong bulat-bulat suruh telan jus manggis, yang mana asalnya manggis tu dieksport ke US, dan diimport semula ke Malaysia untuk diminum oleh orang-orang kita. Kan kerja bongok namanya tu? Satu botol Vemma lebih-kurang sama dengan harga dengan 350 bijik manggis segar... wadefak? Malaysia ni pengeluar manggis kakak oi! Manggis segar tu pulak takde bahan kimia atau pengawit... aku pasti yang Allah takde letak apa-apa racun atau pengawit dalam manggis segar tu semua. Ya, ya, ya... Vemma tu produk canggih. Canggih kepala lutut lu! Canggih sampai sanggup cerita hal-hal perubatan yang bukan-bukan, demi mendapatkan keuntungan berlipat-ganda, sekaligus dapat sedekah duit orang Melayu kepada omputeh kat US? Orang Melayu selain bahalol matematik, juga golongan manusia yang sangat pemurah dan suka bersedekah duit free-free kat omputeh alkafirun di mana sahaja.
Satu benda yang korang akan selalu dengar daripada mulut upline adalah berkenaan hebatnya sistem MLM masing-masing dengan sales-pitch yang out-of-this-world... "bzns eXfuze ni different bro, MLM lain memang takleh challenge punya. 7 super-foods. Kalau ko join, sure untung besar!". Atau, "Hai-O ni very strong company, Ismail Sabri Yaakob ada kasi anugerah syarikat beretika hari tu - tak kan rugi kak, company sah lulus syariah. Mesti best neh". Atau, "produk Transfer Factor ni one-of-a-kind, hanya 4Life yang berjaya kasi transfer imuniti daripada lembu dan ayam pada manusia, hinggakan Russian Health Ministry sendiri buat blog kat blogspot - gila bab punya advanced dan cokia' Russian Health Ministry ni! Oi bahalol - ko dengar cakap aku ni, kalau tak aku pelangkong kepala ko tu!".
Last sekali, aku kasi korang fakta ni: Secara purata, 99.95% network marketers akan kerugian. Tapi, kalau ko pegi Genting main judi, ko stop kat meja roullete, dan letak semua duit yang ko ada kat satu nombor... katalah nombor 17. Untuk semua orang yang berjudi (dari segi statistik) yang meletak duit pada satu nombor (seperti nombor 17) itu, kadar kerugian mereka adalah 97.14%. Faham bro? Maksudnya kadar kerugian orang join MLM lagi tinggi daripada kadar orang kalah judi di meja roulette. Tapi takde la aku nak advice korang pegi berjudi pulak dey... 


sumber daripada - Aididleaks

P/S DARIPADA AKU
MORAL DARIPADA CERITA YANG AKU AMBIL INI ADALAH JANGANLAH MENCUBA UNTUK MEMASUKI SEBARANG PROGRAM MLM YANG DIJALAN WAHAI ANDA-ANDA SEMUA..

WALAUPUN KAMU ADALAH KAWAN AKU PALING BAIK SEKALI PUN JIKA TERJEBAK DENGAN PROGRAM INI DENGAN SEGALA HORMATNYA JUGA AKU AKAN MENGUTUK..

MAHU BERJAYA PERLULAH BEKERJA KERAS TIADA JALAN PINTAS UNTUK KAYA

MAAF BAGI YANG TERASA, TAPI AKU PERLU TEGUR UNTUK KESEDARAN KEPADA SEMUA.
ASSALAMUALAIKUM. V~ 

BAB 1 - downline & upline

|

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


minta maaf sebanyak mungkin 
kepada rakan-rakan aku 
yang pernah mengajak aku
 mengikuti program downline dan upline ni...

untuk pengetahuan 
program ini aku pernah mengkaji semenjak habis sekolah menengah lagi 
untuk mencari kebenaran yang dijalankan program tersebut. 
aku merasa seronok bila membaca iklan 
yang mengatakan duit itu mudah didapati dan menjadi kaya dengan cepat. 

tapi,
pernahkah anda yang mengikuti program ini
 terfikir adakah halal apa yang anda jalankan selama ini? 
 banyak kali aku menolak permintaan mereka yang ajak untuk mengikuti program ni
 dengan alasan aku akan mengikuti mereka bila aku ada duit nanti 
dan akan senyap terus dari menceritakan tentang program ini lagi. 

dulu sebelum program ini popular 
orang mengenali skim cepat kaya.

kesudahannya? 
ramaikan yang ditipu? 
duit yang dilaburkan lesap dan ada juga habis muflis harta semua tergadai disebabkan
 ketamakan di dunia sementara ini. 

skim cepat kaya kini senyap 
selepas mereka tumpu kepada sasaran internet pula. 
dan kesudahannya wujud skim baru yang dinamakan bermacam nama 
untuk menarik downline dan untuk menjadi upline.. 

gambar duit yang dimasukkan, 
gambar duit yang banyak, 
gambar harta kemewahan untuk menarik mangsa baru 
untuk mengikuti program tersebut. 

tapi sayang seribu kali sayang,
 mereka yang ramai mengikuti adalah mereka beragama 
 yang mengajar duit tidak mudah didapati tanpa ada usaha, 
tanpa ada jualan tanpa ada dangangan 
serta halal atau tidak duit yang kita dapat itu. 

kaedah ia umpama mencari seorang 
untuk menjadikan mangsa untuk memberikan semula pelaburan kita sebelum ini 
dan berangkai kepada mangsa-mangsa yang bawah seterusnya. 

mereka-mereka ini adalah golongan 
yang terpengaruh dengan iklan akan menjadi jutawan segera. 
sambungan akan menyunsul di - BAB 2


arnab oh arnab

|

salam...
tajuk aku kali ini mengenai arnab...
mahu khabar mengatakan...
aku terpandang sesuatu perniagaan yang mungkin aku ceburi...
insyaallah...

perniagaan yang akan aku cuba ceburi adalah perniagaan haiwan peliharaan...
tapi jiwa aku tidak berminat sebelum ini terhadap haiwan...
setelah kemudiannya aku terjatuh hati terhadap arnab yang berbulu lebat...
kaji punya kaji...
arnab mempunyai perlbagai jenis baka...
dan ia sungguh comel-comel berlaka...

semenjak itulah terfikirnya aku mahu buat perniagaan untuk menjual arnab peliharaan...
tapi aku tidak pasti lagi...
apakah risiko untuk membuat perniagaan ini...
kini aku cuba mempelajari segala bagai mengenai arnab...

sampailah masanye aku cerita hasrat aku itu kepada abah aku...
dia memberikan galakan tapi suruh aku belajar dahulu pelihara sedikit dahulu...
aku tanpa memikirkan apa-apa aku terus mencari sumber yang menjual arnab murah di internet...
terbelinyalah aku sepasang arnab jenis baka lionhead serta sepasang arnab jenis baka angora...
sungguh comel berbulu lebat dan masih kecil...

ia masih tidak ada nama dan mungkin akan mempunyai tidak lama lagi...
huhu...
seronok bila memilikinya...
selama ini aku tidak pernah ada haiwan peliharaan sendiri...
perasaan teruja itu memang ada...
menjadikan aku lebih semangat untuk lebih serius di dalam pernigaan ini... :)

harapan aku ia tidak separuh jalan dalam rancangan aku ini...
semoga percubaan aku dalam untuk berniaga arnab peliharaan serius sampai berjaya...
doakan aku agar minat ini tidak dipatahkan dengan kelemahan putus asa...

itu adalah sikap yang aku paling takuti...
mengalah dipertengahan jalan...
hampa melemahkan untuk terus berusaha lagi...
diminta jauh dari ini dan tabah menghadapi cabaran...
perlu memikirkan segala rintangan yang bakal hadapi adalah peringatan untuk membaiki diri..
tidak mudah untuk berjaya ia perlu perancangan yang sungguh berdisiplin..
tidak bermain dalam semua pekara...

hahaha,,, 
itu sahaja apa yang aku ingin sampaikan..
hasrat aku mengenai pernigaan arnab peliharaan yang aku ingin cuba ceburi...
terima kasih juga kepada rakan-rakan aku yang berhasrat untuk ceburi bidang ini bersama aku...
semoga tidak lama lagi kita semua akan menjadi pengedar dan pembakal arnab terbesar suatu hari nanti...
insyaallah... :)

JUMPA LAGI CERITA BARU AKU NANTI 
SALAM 
V~


kalimah ini kunci syurga..

|

waktu keteguhan iman menghilang...
api maksiat semakin menyala... 
aku semakin hanyut terlemas bersama dosa tidak terbilang..
lelah diriku membawa setiap waktu dengan dosa menimbun sentiasa...

kudis dosa padaku semakin membesar...
rasional akal fikiran semakin rosak binasa...
lebih jiwa memberontak dan amarah berlegar...
ikut nafsu dan godaan sahaja....

aku mahu kembali...
kembali waktu dahulu..
sedang masa aku sebelum mengenal segalanya pada diri..
segala pekara yang menjeratkan aku ke dunia penuh dosa...

sudah lama aku tidak mengucapkan kalimah itu...
kalimah itu pernah sentiasa aku mengingati...
pernah juga aku laungkan selalu...
kini sudah lama aku melupakannya seperti seorang yang lupa diri...

bunyi pertama ketika aku dilahirkan...
kalimah itu yang kudengari pertama sekali...
waktu aku masih lagi tidak kenal apa dan kenapa...
sehinggalah aku mengerti semula kini...

sungguh mudah aku melupakannya...
kerana mahu mengejar kenikmatan dunia...
aku tinggalkan segalanya-galanya..
aku mengambil memenuhi tabung dosa...

terkunci kata menuturkannya...
kelu lidah tidak terkata...
mengapa susah mahu melontarkan kalimah itu semula...
adakah ia kerana dosa yang kubawa?

YA ALLAH,
adakah terlalu berat dosa yang ku tanggung?
tidak daya aku menanggung selain RAHMAT darimu YA ALLAH...
aku teringin mengucapkan kalimah itu biar tembusi tembok dosa yang panjang...

robohkanlah dinding yang penuh dengan kemaksiatan ini YA ALLAH!!!
sentiasakanlah KALIMAH itu teringat pada bila-bila masa walaupun imanku sedang digugat sentiasa...
serta walaupun ketika dipujuk rayu oleh mereka yang menghasut untuk melaku dosa itu YA ALLAH...
bersama mereka jugalah tolong memudahkan untuk mengucapkan KALIMAH itu pada mereka...

aku mahu sentiasa dekat kepada mu...
membuang kudis dosa yang sentiasa melekat...
ingin bersama rentak alunan mentauhidkan dirimu YA ALLAH!!!
aku harap gagah menghadapi hari yang mendatang setiap hari..
aku mahu kegagahan itu...
sehingga aku sentiasa menzikirkannya...
aku mahu melayang dengan menikmati keindahan nikmat keredhaan dari dirimu YA ALLAH!!!
YA ALLAH terimalah KALIMAH ini...
KALIMAH ini kunci syurgamu..

LA ILAHA ILLALLAH...

kira detik

|

ERRRR... SALAM HEYHO HAWAU???

hahahaha,,,,
bukan selalu saya kemaskini blog..
sebenarnya ini bukan waktu lapang saya untuk kemaskini blog juga...
dengan lambakan lab,
latihan,asaimen,mini projek dan projek akhir
sepatutnya saya tidak mempunyai masa langsung untuk melakukan semua ini....

aduhh,,, tidak lama lagi
bakal menanti adalah kuiz dan juga ujian akhir
sebelum tiba peperiksaan akhir hujung sem...

hmmmm... 
sistem ini memang membuatkan saya
langsung tidak boleh mengira sedetik langsung...
jika dapat mengira sedetik
ia adalah pekara paling bermakna waktu ini...

OK...
sedetik yang bermakna maksud saya
adalah masa untuk saya menenangkan fikiran
tanpa ada bebanan dalam masa sedetik,,,

BILALAH KAN...
rasanya sudah lama tidak menikmati waktu itu...
kerana detik itu tidak akan tiba sehingga saya habis belajar disini...
perjuangan adalah satu pengorbanan...

jadi saya akan menganggap ini adalah satu pengorbanan daripada saya untuk diri saya sendiri...

huhuhuhu...
untuk berjaya orang mengatakan kita perlu bersusah payah dahulu
sebelum menikmati kejayaan yang amat bermakna
kerana kita akan merasa pengorbanan yang kita lakukan
dihargai dan dapat menikmati dengan rasa puas
atas usaha penat lelah yang kita lalui dan lakukan sendiri...

betul kan?? 
hehehehe :P

DOAKAN KEJAYAAN SAYA :)
V~


senyap

|

Salam, heyho hawau?? 
hahahaha... :P 
kawan saya bertukar cara untuk berbahasa kali ini.. :) 
HARI ini saya mahu bercerita pasal senyap.. 
yup SENYAP...
Boleh kan???
hehehehe :P  

RAMAI yang mengatakan bahawa jika kita senyap lebih baik dari berkata-kata.. 
betul kan??
hurmmm... 

TAPI kalau kita terlalu senyap tidak boleh juga 
kerana orang lain akan menganggap kita ni lain macam selain dari bisu... 
Jadi kita mengatakan apa yang perlu sahaja la ye,,, 
olrite... 

JADI jika mahu senyap juga kita perlu kena pada tempatnya,,,, 
Tidak boleh senyap begitu sahaja 
kerana ia akan disalah anggap dan mungkin akan menjadi kes bahaya pada diri kita juga
kerana orang lain tidak tahu masalah yang kita alami... 

TAPI jika kita ada sebab tertentu yang boleh diterima akal 
baik kita teruskan senyap sahaja 
seperti anda mahu 
fokus pada pelajaran, 
lari dari orang 
atau 
mahu tenangkan fikiran anda 
supaya tiada gangguan
yang boleh menyerabutkan lagi fikiran anda...

" Your Problem, it's not another person problem "
" What u think is good, u can take, if not, don't take that ".
"Believe yourself first, before you believe anyone at your place." 

((/*\)) SELAMAT BERSENYAP DAN SELAMAT BERFIKIR SECARA RASIONAL  V~

sahabat

|


hahahaha..
bheta kembali menaip rupanye...
oh idea tengah banyak masa pun ngah lapang...
taip je la di sini ni yerk...

hurmmm...
nama tajuk pun dah sahabat kan...
jadi bheta kali ni mahu citer sal sahabt la plak ye...
sahabat ataupun bahasa saintifik dalam otak pemikiran bheta adalah kawan...
hak3...
bheta boleh dikatakan begitu ramai sahabat dari zaman tadika, nursery, sekolah rendah, tempat tuisyen,
kelas tambahan, unit beruniform, events, sekolah menengah, pusat kemahiran, kolej,
sahabat sahabat yang dikenali melalui sahabat dan juga lain2...
kalau di sebut semuanya di dalam ini rasanya panjang ke bawah dengan hanya sebut nama tempat bheta berkawan sahaja la kot... 

hahahaha ;p
kira di dalam berkawan bheta memang sudah berpengelaman...
bagaimana mahu mencari kawan dan bagaimana mahu mengelak lawan...
yeah... memang bila kita sudah ramai kawan... 
banyak jenis la yang akan kita jumpa...

hurmmm....
Apa yang bheta rasa dan fikir agak meletihkan dan sungguh memualkan perasaan...
sesungguhnya itu juga adalah nilai persahabatan yang bheta perolehi dari pengalaman bheta sendiri...
ia memberikan bheta dugaan dan juga cubaan yang selalu datang...
bagi mereka yang bergelar sahabt sejati ia bukanlah sesuatu yang besar tetapi ia juga dapat merapatkan persahabatan antara kita bersama kerana dapat melalui dugaan tersebut...

errrrr....
persahabatan bheta tidak terjadi dengan sekejap atau muncul secara tiba-tiba...
ia hadir dan terbentuk dalam situasi yang perlu ditapis sebelum semakin rapat...
umpama seperti sebuah tapak kosong terbentuknya dan terciptanya
sebuah rumah yang sempurna dan selesa untuk didiami....
begitulah umpamaan untuk memiliki sahabat baik dan sejati...
ia penuh dengan pelbagai ragam dan warna ketika di dalam prosesnya...
ada yang suka dan ada juga yang duka...
mungkin sebab untuk bheta lebih memahami sahabat bheta dan bukan berpura-pura untuk melakukannya untuk tujuan disukai atau dibenci..

bheta rasa..
sahabat tidak akan menyembunyikan pekara yang salah
untuk mengelakkan pergaduhan atau juga krisis di dalam persahabtan....
kerana sahabat sepatutnya menegur dan sentiasa perlu bersikap benar
ketika menasihat untuk membaiki kesilapan sahabat...
yang salah tetap salah tidak ada yang salah menjadi betul dalam sesuatu tindakan...
maka bertegurlah antara satu sama lain demi persahabatan,,,,
walaupun ia pahit dan juga perit jika untuk menegur ia tidak menjadi satu kesalahan dan ia akan menjadi satu kebenaran,,,
demi perubahan terhadap sahabat ia tidak menjadi masalah...
jika tidak sanggup anda adalah musuh sahabat anda sendiri sebenarnya...

kita perlulah sentiasa jaga etika bersahabat sentiasa...
bukan ketika di dalam kesusahan baru mencari sahabat
untuk mendapatkan nasihat dan perhatian dari seseorang...
tetapi sahabat sentiasa perlu hadir di waktu kemuncak dan juga jatuh seorang sahabat
pada bila-bila masa sahaja diperlukan antara satu sama lain...

terasa bahagia bersama sahabat akan membuat kita terasa rindu
bila tidak bersama kerana ia sudah menjadi sebahagian
di dalam hidup kita...
seorang sahabat tidak akan bersikap pentingkan diri kepada sahabatnya,,,
semua orang teringinkan memiliki seorang sahabat sejati...
tetapi...
bukan semua yang dapat memiliki sahabat sejati...

ramai yang sudah memperolehi pahit manis ketika bersahabat...
ada yang indah dan ada juga yang buruk....
berfikirlah dan imbas semula ketika anda berada di dalam kesusahan...
mereka mana yang paling dekat dengan anda ketika itu?

majoriti sahabat manakah yang akan sentiasa memberi sokongan
ketika anda tidak disayangi ?
minoriti rakan manakah yang selalu bersama anda
ketika anda tiada apa yang boleh diberi kepada mereka?
berilah perngormatan kepada sahabat anda yang sentiasa setia bersama dan berada di sisi anda ketika waktu susah dan juga senang pada bila-bila masa sahaja...
Kerana itu adalah etika untuk bersahabat untuk anda supaya tidak hilang sahabat sejati...

JIKA ADA ITULAH SAHABAT ANDA YANG SEBENARNYA!!
maaf ini adalah apa yang diperhatikan dan juga mungkin dialami sendiri oleh bheta...
bheta akan sampaikan apa yang bheta rasa perlu disampaikan...
bagi mereka yang tidak setia pada persahabatan...
bheta ingin berpesan... jangan suatu hari nanti ada tiada sahabat yang setia juga...
pesan dan ingat sampai mati - UEDA BHETA V~