assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
minta maaf sebanyak mungkin
kepada rakan-rakan aku
yang pernah mengajak aku
mengikuti program downline dan upline ni...
untuk pengetahuan
program ini aku pernah mengkaji semenjak habis sekolah menengah lagi
untuk mencari kebenaran yang dijalankan program tersebut.
aku merasa seronok bila membaca iklan
yang mengatakan duit itu mudah didapati dan menjadi kaya dengan cepat.
tapi,
pernahkah anda yang mengikuti program ini
terfikir adakah halal apa yang anda jalankan selama ini?
terfikir adakah halal apa yang anda jalankan selama ini?
banyak kali aku menolak permintaan mereka yang ajak untuk mengikuti program ni
dengan alasan aku akan mengikuti mereka bila aku ada duit nanti
dan akan senyap terus dari menceritakan tentang program ini lagi.
dengan alasan aku akan mengikuti mereka bila aku ada duit nanti
dan akan senyap terus dari menceritakan tentang program ini lagi.
dulu sebelum program ini popular
orang mengenali skim cepat kaya.
kesudahannya?
ramaikan yang ditipu?
duit yang dilaburkan lesap dan ada juga habis muflis harta semua tergadai disebabkan
ketamakan di dunia sementara ini.
skim cepat kaya kini senyap
selepas mereka tumpu kepada sasaran internet pula.
dan kesudahannya wujud skim baru yang dinamakan bermacam nama
untuk menarik downline dan untuk menjadi upline..
gambar duit yang dimasukkan,
gambar duit yang banyak,
gambar harta kemewahan untuk menarik mangsa baru
untuk mengikuti program tersebut.
tapi sayang seribu kali sayang,
mereka yang ramai mengikuti adalah mereka beragama
yang mengajar duit tidak mudah didapati tanpa ada usaha,
tanpa ada jualan tanpa ada dangangan
serta halal atau tidak duit yang kita dapat itu.
kaedah ia umpama mencari seorang
untuk menjadikan mangsa untuk memberikan semula pelaburan kita sebelum ini
dan berangkai kepada mangsa-mangsa yang bawah seterusnya.
mereka-mereka ini adalah golongan
yang terpengaruh dengan iklan akan menjadi jutawan segera.
sambungan akan menyunsul di - BAB 2

0 comments:
Post a Comment